User Tools

Site Tools


raja_hitam_raja_yunus

Raja Hitam bin Raja Yunus

Dirujuk oleh

Kronologi Ringkas

1826: Mula Mentadbir Sabak Bernam

Menurut salah satu riwayat sejarah, Raja Hitam adalah putera kepada Sultan Selangor kedua, Raja Onus (Yunus), yang memerintah dari tahun 1778 hingga 1826 di Sabak Bernam: “Menurut sejarah orang dahulu pula, Sabak Bernam dikatakan telah wujud sejak tahun 1720 yang mana di masa itu Sabak Bernam berada dibawah pemerintahan Raja Muda Perak yang bergalar Raja Inu. Semasa itu, Putera Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan memerintah dari tahun 1778 hingga 1826, yang bernama Raja Onus bersama kaum keluarga dan isterinya telah berpindah ke Sabak Bernam dengan seorang sahabat karibnya bernama Haji Ali yang juga membawa keluarga dan isterinya. Raja Onus telah memilih tempat tinggal di tebing Sungai Bernam iaitu di sebelah Negeri Selangor. Raja Onus mempunyai putera seramai lima (5) orang iaitu Raja Hitam, Raja Indut, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.

Apabila Raja Onus meninggal dunia, maka puteranya yang sulung iaitu Raja Hitam dengan dipersetujui oleh semua saudaranya telah menggantikan tempat Raja Onus. Beliau telah memilih tempat tinggalnya di sebelah Negeri Selangor dan mendirikan kota yang dikenali dengan nama Kota Raja Hitam. Tempat tersebut pernah dikenali juga dengan nama Istana Hinggap Sultan Selangor.

(Sumber: Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, 25 Mei 2016: |"SEJARAH RINGKAS DAERAH SABAK BERNAM").

Menurut satu sumber, berikut adalah sebahagian salasilah keluarga Raja Hitam:-

“11) Y.A.M. Raja Yusuf ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (s/o Raja Andak). m. Y.A.M. Tunku Raja Andak of Kedah. He had issue, one son and one daughter:
a) Y.M. Raja Yunus bin Raja Yusuf, of Bernam. m. (first) Y.M. Raja Safiah binti Raja 'Abdu'llah, daughter of his paternal uncle, Y.A.M. Raja 'Abdu'llah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Besar. m. (second) Y.M. Tengku Ngah (d. after 1879). He had issue, five sons:
i) Y.M. Raja Hitam bin Raja Yunus [Itam] (s/o Raja Safiah), educ. privately. m. Y.M. Raja Halima binti Raja Salleh, daughter of Y.A.M. Raja Saleh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. He had issue, four sons and three daughters:
(1) Y.M. Raja Ahmad [Rahmat] bin Raja Hitam.
(2) Y.M. Raja Muhammad bin Raja Hitam.
(3) Y.M. Raja Sulaiman bin Raja Hitam.
(4) Y.M. Raja Cik Rustam bin Raja Hitam [Raja Kechil]. m. Y.M. Raja Latifa binti Raja 'Ali.
(1) Y.M. Raja Wuk binti Raja Hitam. m. Y.M. Raja Mamat bin Raja Kasim, younger son of Y.M. Raja Kasim bin Raja 'Isa, by his wife, Cik Puan Saleha binti Tok Amar.
(2) Y.M. Raja Fatima binti Raja Hitam.
(3) Y.M. Raja Rabia [Rafia] binti Raja Hitam.”

(Sumber: Christopher Buyers, November 2000 - March 2009: |"SELANGOR: GENEALOGY").

“Pada peringkat awal sejarah Sabak Bernam ditulis hanya berdasarkan cerita lisan masyarakat setempat sahaja. Suatu masa dahulu Sabak Bernam pernah menjadi sebahagian daripada wilayah negeri Perak sebelum diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Pemerintah Daerah Sabak Bernam pada awalnya bertaraf raja iaitu, Raja Hitam ibni Raja Yunus ibni Raja Usoh ibni Sultan Ibrahim. Raja Hitam merupakan sepupu kepada Sultan Abdul Samad dan cicit kepada Sultan Ibrahim.”

“Paduka Sri Sultan Abbdul Samad amat malu takkala daerah-daerah didalam negeri Selangor terdiri daripada Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Lukut, Sungai Linggi tidak bersatu di sebabkan pembesar masing-masing. Terutamanya Sungai Bernam dibawah Raja Hitam Bin Raja Unos Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa Sungai Bernam adalah milik nya dan merdeka dari Selangor dan jua Perak.” (Wangsa Mahkota Selangor, 12 Jun 2010: |"Sultan Selangor ke 4 – Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Ibni Tunku Panglima Besar Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah [1859-1898]").

1858: Setelah Perang Klang

“Pada tahun 1828 sehingga 1858, Sabak Bernam merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat di bawah penguasaan Raja Hitam, Raja Mat Aris dan Raja Indut. Raja Hitam ibni Raja Onus dilantik sebulat suara di kalangan saudaranya untuk mewarisi pemerintahan di Sabak Bernam setelah Raja Onus ibni Raja Usoh Ibni Sri Sultan Ibrahim Shah mangkat.

Namun begitu, keadaan ini mula berubah apabila pihak British berjaya masuk campur urusan pemerintahan di Selangor rentetan perang saudara yang berlaku pada ketika itu. Raja Hitam berpihak kepada Raja Mahadi yang berseteru dengan pakatan Raja Abdullah - Tengku Kudin, namun Raja Mahadi telah kalah dalam perang tersebut.

Campur tangan British dalam pemerintahan Selangor telah mendesak dan memujuk dengan pelbagai janji kepada Raja Hitam untuk menyerahkan kedaulatannya ke atas wilayah Sabak Bernam ke dalam pemerintahan Selangor.

Mungkin kerana tidak mahu melihat sekali lagi perang berlaku, Raja Hitam akhirbya akur tetapi dengan diikat syarat seperti didalam surat perjanjian Bernam. Kebajikan waris Raja Hitam dan pembangunan Sabak Bernam antara intipati yang terkandung di dalam perjanjian tersebut.

Setelah penyerahan itu berlaku, maka rasminya status Sabak Bernam diturunkan daripada sebuah wilayah berdaulat menjadi daerah kecil dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Selangor, dengan gelaran daerah kecil Sabak Bernam.”

(Sumber: Jaafar bin Hj Ali, Persatuan Melayu Sabak Bernam: “Serba Ringkas Sejarah Sabak Bernam” @ X-PLORASI, Oktober 2023: |"Kisah Sabak Bernam menjadi Daerah kecil Kuala Selangor").

“Pada awal 1860an, banyak kawasan lembangan Sungai ditadbir oleh “anak raja” seperti Sungai Bernam di bawah Raja Hitam, Sungai Selangor di bawah Raja Musa, Sungai Jeram di bawah Raja Ali, Sungai Klang di bawah Raja Abdullah, Sungai Langat di bawah Sultan Abdul Samad, Sungai Lukut di bawah Raja Jumaat dan Sungai Raya di bawah Raja Sulaiman.

Raja Hitam merupakan pembesar Melayu terakhir, yang bertanggungjawab ke atas Sabak Bernam sebelum diletakkan di bawah penguasaan kerajaan negeri Selangor oleh pihak British setelah British berjaya masuk campur hal ehwal pentadbiran negeri Selangor dengan menempatkan seorang Residen.

Kewujudan pemerintah dalam kalangan orang Melayu menunjukkan bahawa Sabak Bernam sebenarnya telah dibuka dan diteroka pada awalnya oleh orang Melayu. Laporan yang dibuat oleh John Anderson, seorang Pegawai Inggeris di Selangor dalam catatannya yang ditulis pada tahun 1824 ada menyebutkan, penduduk di Sabak Bernam melebihi 1000 orang. Keadaan Sabak Bernam yang mundur pada waktu itu serta dikategorikan sebagai kawasan pedalaman tidak menarik minat orang luar terutamanya orang Cina dan India ke Sabak Bernam. Hal ini menunjukkan bahawa, sekitar awal abad ke 19 orang Melayu merupakan kelompok majoriti yang menduami daerah Sabak Bernam. Oleh sebab itu, hanya selepas kedatangan British barulah keadaan di daerah Sabak Bernam berubah sedikit demi sedikit sama ada dalam soal politik, ekonomi mahu pun sosial.”

(Sumber: X-PLORASI, Mac 2023: |"Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam").

“Sekitar era tahun 1860 memperlihatkan ANAK RAJA menjadi Ketua Wilayah-Wilayah didalam Negeri Selangor bagi melancarkan sistem Pentadbiran Negeri mengikut Wilayah :-

Pelantikan sebagai Raja Wilayah bagi memastikan bahawa anak-anak raja didedahkan hal ehwal pentadbiran Raja Yang Dipertuan yang memerintah diatas takhta singgahsana Negeri Selangor sebagai Wakil-Wakil Raja Yang Dipertuan agar segala isi negeri dan rakyat dilindungi.

Berikut adalah anak-anak Raja Wilayah yang menjadi Ketua bagi Tanah didalam Negeri Selangor.

Sungai Bernam – Raja Hitam Ibni Raja Unos,
Sungai Selangor – Raja Muda Musa,
Sungai Jeram – Raja Ali,
Sungai Klang – Raja Abdullah,
Sungai Langat – Paduka Sri Sultan Abdul Samad,
Sungai Lukut – Raja Jumaat,
Sungai Raya – Raja Sulaiman.

Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh anak-anak raja wilayah membantu menjaga kesentosaan takhta negeri dan kestabilan politik.”

(Sumber: Wangsa Mahkota Selangor, 18 Mac 2013: |"Anak Raja Wilayah Selangor Sekitar Tahun 1860").

1876: Penyerahan Kuasa kepada Residen

“Apabila Raja Hitam menggantikan Raja Onus, maka Raja Hitam telah melantik saudaranya Raja Indut menjadi Majistret untuk membicarakan jika ada kes-kes untuk dibicarakan. Semasa pentadbiran Raja Hitam, Residen British Negeri Selangor telah beberapa kali memujuk Raja Hitam agar bersetuju supaya Sabak Bernam diletakkan di bawah pentadbiran Inggeris di Negeri Selangor, tetapi permintaan ini telah ditolak oleh Raja Hitam.

Pihak Inggeris tidak berputus asa dan telah menghantar pegawainya bernama Mr. Roger bagi memujuk Raja Hitam dengan memberikan janji-janji untuk kebaikan anak cucu Raja Hitam pada masa akan datang. Akhirnya Raja Hitam telah berunding dengan saudara-saudaranya dan telah bersetuju meletakkan Sabak Bernam di bawah tadbiran Inggeris di Negeri Selangor. Residen British Selangor telah memberikan surat bercap mohor yang memberi jaminan kepada semua waris Raja Hitam.

Setelah Sabak Bernam diletakkan di bawah tadbiran Negeri Selangor, pada tahun 1876, dalam surat bertarikh 13 haribulan Ogos, Residen British Selangor Bernama Kapten Bloomfield Douglas telah menulis surat kepada Raja Hitam yang berbunyi seperti berikut:

'Surat daripada Kapten Bloomfield Douglas Residen British Negeri Selangor kepada Raja Hitam ibni Al-Mahrum Raja Yunus di Sabak Bernam bertarikh pada 13 haribulan Ogos 1876 mengenai peraturan baru untuk mengadakan pegawai orang putih Edward Neubroner memengang jawatan Collector of Land Revenue (Pemungut Hasil) Magistrate Police Sabak Bernam.'

Dengan penerimaan surat tersebut, maka kuasa pemerintahan Raja Hitam di Sabak Bernam telah berakhir. Semasa pemerintahan Edward Neubroner, beliau telah membina sebuah Pejabat Kerajaan dan sebuah balai polis yang dianggotai oleh seramai dua (2) orang mata-mata sahaja pada mulanya.

Setelah Sabak Bernam diletakkan di bawah tadbiran Negeri Selangor, maka mulalah bangsa-bangsa lain seperti Inggeris, Cina dan India berhijrah ke Sabak Bernam. Orang Inggeris telah membuka tanah untuk dijadikan ladang-ladang seperti Ladang Torkington, Ladang Rajah Hitam, Ladang Sungai Bernam dan Ladang Bagan Terap. Mereka menggunakan buruh dari kalangan orang India yang dibawa masuk dari India. Di kalangan orang Cina pula, mereka yang tinggal di pekan telah membuka perniagaan seperti kedai menjual minuman (kopi dan teh), dan ada juga yang menjalankan kerja menjual kain baju dan barang-barang runcit.Terdapat juga di kalangan mereka yang tinggal di kawasan pinggir sungai dan laut dan menjadi nelayan.

Pada asalnya, Daerah Sabak Bernam hanya meliputi kawasan dari bahagian utara yang bersempadan dengan Kampung Kota(Perak) hingga ke kawasan Sungai Nibung sahaja. Pada masa kini, kawasan yang diliputi ialah sehingga ke Sungai Burong, Sekinchan. Keluasan kawasan Daerah Sabak Bernam ialah 99,714 hektar.Pada masa lalu, Sabak Bernam hanya meliputi empat (4) sahaja tetap kini telah menjadi lima (5) mukim iaitu Mukim Sabak, Bagan Nahkoda Omar/Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Pancang Bedena dan Pasir Panjang.”

(Sumber: Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, 25 Mei 2016: |"SEJARAH RINGKAS DAERAH SABAK BERNAM").

“Pada tahun 1876, Residen British Selangor yang bernama Kapten Bloomfield Douglas telah menulis sepucuk surat kepada Raja Hitam iaitu pemerintah wilayah Sabak Bernam.

Berikut merupakan petikan ayat dalam surat tersebut.

'surat daripada Kapten Bloomfield Douglas Residen British Negeri Selangor kepada Raja Hitam Ibni Al-Marhum Raja Yunos di Sabak Bernam bertarikh pada 13 hari hulan Ogos 1876 mengenai peraturun baru untuk mengadakan pegawai orang putih Edward Neubroner memegang jawatan Collectar Of Land Revenue (pemungut hasil Magistrate Police Sabak Bernam).'

Dengan penerimaan surat tersebut oleh Raja Hitam maka berakhirlah secara rasmi penguasaan baginda ke atas wilayah Sabak Bernam. Segala urusan berkaitan dengan aktiviti percukaian, undang-undang serta apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kini adalah di bawah penguasaan dan tanggungjawab pihak British.”

(Sumber: X-PLORASI, Mac 2023: |"Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam").

1883: Dilantik Pemungut Cukai di Bernam

“Pada tahun 1883, Swettenham dilantik sebagai Residen British Selangor ke-3.[16] Selepas perlantikan tersebut, Swettenham mengubah dasar pentadbiran daerah di Selangor kerana untuk menyeragamkan pentadbiran. Ekoran itu, pertama; daerah Selangor dibahagikan kepada enam bahagian iaitu, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Lumpur.[17] Setiap daerah turut dilantik Pemungut Cukai di sini untuk membantu Residen British Selangor. Kedua; jawatan penghulu di Selangor dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pentadbiran Selangor. Jawatan ini berkuat kuasa pada bulan September 1883 dalam Majlis Mesyuarat Negeri Selangor berdasarkan perkenan Sultan Abdul Samad.[18]

Bernam – Raja Hitam Raja Unos
Kuala Selangor – Raja Muda Musa
Klang – Raja Abdullah
Langat – Sultan Abdul Samad
Lukut – Raja Bot Raja Jumaat”

(Sumber: Wangsa Mahkota Selangor, 20 Mei 2016: |"Sejarah Dan Peranan Orang Besar Negeri Selangor. Bahagian III").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

raja_hitam_raja_yunus.txt · Last modified: 2024/09/18 13:41 by sazli