User Tools

Site Tools


raja_hitam_raja_yunus

This is an old revision of the document!


Raja Hitam bin Raja Yunus

Dirujuk oleh

Kronologi Ringkas

1826: Mula Mentadbir Sabak Bernam

Menurut salah satu riwayat sejarah, Raja Hitam adalah putera kepada Sultan Selangor kedua, Raja Onus (Yunus), yang memerintah dari tahun 1778 hingga 1826 di Sabak Bernam: “Menurut sejarah orang dahulu pula, Sabak Bernam dikatakan telah wujud sejak tahun 1720 yang mana di masa itu Sabak Bernam berada dibawah pemerintahan Raja Muda Perak yang bergalar Raja Inu. Semasa itu, Putera Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan memerintah dari tahun 1778 hingga 1826, yang bernama Raja Onus bersama kaum keluarga dan isterinya telah berpindah ke Sabak Bernam dengan seorang sahabat karibnya bernama Haji Ali yang juga membawa keluarga dan isterinya. Raja Onus telah memilih tempat tinggal di tebing Sungai Bernam iaitu di sebelah Negeri Selangor. Raja Onus mempunyai putera seramai lima (5) orang iaitu Raja Hitam, Raja Indut, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.

Apabila Raja Onus meninggal dunia, maka puteranya yang sulung iaitu Raja Hitam dengan dipersetujui oleh semua saudaranya telah menggantikan tempat Raja Onus. Beliau telah memilih tempat tinggalnya di sebelah Negeri Selangor dan mendirikan kota yang dikenali dengan nama Kota Raja Hitam. Tempat tersebut pernah dikenali juga dengan nama Istana Hinggap Sultan Selangor.

Raja Hitam telah beristerikan seorang wanita bernama Dasimah dan mereka mendapat beberapa orang putera dan puteri iaitu Raja Tahir, Raja Ja'afar, Raja Nuteh, Raja Chik dan Raja Enson. Raja Tahir, Raja Ja'afar dan Raja Chik telah meninggalkan beberapa orang anak laki-laki dan perempuan.”

“Pada peringkat awal sejarah Sabak Bernam ditulis hanya berdasarkan cerita lisan masyarakat setempat sahaja. Suatu masa dahulu Sabak Bernam pernah menjadi sebahagian daripada wilayah negeri Perak sebelum diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Pemerintah Daerah Sabak Bernam pada awalnya bertaraf raja iaitu, Raja Hitam ibni Raja Yunus ibni Raja Usoh ibni Sultan Ibrahim. Raja Hitam merupakan sepupu kepada Sultan Abdul Samad dan cicit kepada Sultan Ibrahim.

Pada awal 1860an, banyak kawasan lembangan Sungai ditadbir oleh “anak raja” seperti Sungai Bernam di bawah Raja Hitam, Sungai Selangor di bawah Raja Musa, Sungai Jeram di bawah Raja Ali, Sungai Klang di bawah Raja Abdullah, Sungai Langat di bawah Sultan Abdul Samad, Sungai Lukut di bawah Raja Jumaat dan Sungai Raya di bawah Raja Sulaiman.

Raja Hitam merupakan pembesar Melayu terakhir, yang bertanggungjawab ke atas Sabak Bernam sebelum diletakkan di bawah penguasaan kerajaan negeri Selangor oleh pihak British setelah British berjaya masuk campur hal ehwal pentadbiran negeri Selangor dengan menempatkan seorang Residen.

Kewujudan pemerintah dalam kalangan orang Melayu menunjukkan bahawa Sabak Bernam sebenarnya telah dibuka dan diteroka pada awalnya oleh orang Melayu. Laporan yang dibuat oleh John Anderson, seorang Pegawai Inggeris di Selangor dalam catatannya yang ditulis pada tahun 1824 ada menyebutkan, penduduk di Sabak Bernam melebihi 1000 orang. Keadaan Sabak Bernam yang mundur pada waktu itu serta dikategorikan sebagai kawasan pedalaman tidak menarik minat orang luar terutamanya orang Cina dan India ke Sabak Bernam. Hal ini menunjukkan bahawa, sekitar awal abad ke 19 orang Melayu merupakan kelompok majoriti yang menduami daerah Sabak Bernam. Oleh sebab itu, hanya selepas kedatangan British barulah keadaan di daerah Sabak Bernam berubah sedikit demi sedikit sama ada dalam soal politik, ekonomi mahu pun sosial.”

(Sumber: X-PLORASI, Mac 2023: |"Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam").

1876: Penyerahan Kuasa kepada Residen

“Pada tahun 1876, Residen British Selangor yang bernama Kapten Bloomfield Douglas telah menulis sepucuk surat kepada Raja Hitam iaitu pemerintah wilayah Sabak Bernam.

Berikut merupakan petikan ayat dalam surat tersebut.

'surat daripada Kapten Bloomfield Douglas Residen British Negeri Selangor kepada Raja Hitam Ibni Al-Marhum Raja Yunos di Sabak Bernam bertarikh pada 13 hari hulan Ogos 1876 mengenai peraturun baru untuk mengadakan pegawai orang putih Edward Neubroner memegang jawatan Collectar Of Land Revenue (pemungut hasil Magistrate Police Sabak Bernam).'

Dengan penerimaan surat tersebut oleh Raja Hitam maka berakhirlah secara rasmi penguasaan baginda ke atas wilayah Sabak Bernam. Segala urusan berkaitan dengan aktiviti percukaian, undang-undang serta apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kini adalah di bawah penguasaan dan tanggungjawab pihak British.”

(Sumber: X-PLORASI, Mac 2023: |"Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam").

raja_hitam_raja_yunus.1726630802.txt.gz · Last modified: 2024/09/18 11:40 by sazli