“Gonggang” merupakan salah satu permukiman terawal di Kuala Lumpur. Ia adalah kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus, di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, termasuk sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Air Panas dan Setapak Jaya kini. Menurut catatan Raja H.M. Yacob berjudul “Tarikh Raja Asal” (1934), Gonggang (Gerongkang) telah dibuka sekitar 1855 oleh Hulubalang Ali, salah seorang ketua di bawah Sutan Puasa. Catatan lisan Abdullah Hukum mengenai pengalamannya di Setapak sekitar tahun 1850-an turut menyatakan Sutan Puasa dan para pemimpin Mandailing sebagai ketua-ketua di sekitar Setapak (Gonggang) ketika itu.[1]). Manakala “Kampung Gonggang” pula mungkin merujuk kawasan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Kampung ini meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu Perkuburan Gonggang) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan bersempadan dengan KEMENTAH (dahulu Rifle Range) di sebelah timur laut.[6].
Terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul nama Gonggang:
a) Pokok Gonggang. Pokok ini sering terdapat di hutan dipterokarp, sepanjang lembangan sungai, atau tanah berpasir. Menurut H.N. Ridley (1901), ianya seakan pokok seraya dan banyak tumbuh di selatan semenanjung Tanah Melayu.[2]
b) Orang Gonggang. Suku kaum Melayu Siak di Riau, Sumatera.[4] Mungkin sempena nama “Kampung Gonggang”, dikatakan petempatan mereka di sekitar Tanah Perkuburan Gonggang berhampiran Kuala Lumpur (kini Tanah Perkuburan Ampang).
c) Lombong Gonggang. “Gonggang” diambil dari perkataan “gronggang” yang bermaksud “membuat terowong dalam usaha perkelianan (perlombongan)”. Menurut pencatat British, William G. Shellabear, “gronggang” diterjemahkan sebagai “drive galleries”. Mungkin sempena lombong gerongkang/gronggang, yang dibuka oleh Hulubalang Ali (ketua di bawah Sutan Puasa) di sekitar Setapak kini.[5] Terdapat juga kisah di mana cara gonggang digunakan untuk membuat terowong dari Bukit Nanas semasa Perang Kelang / Perang Saudara Selangor dari 1867 dahulu.(sumber?)
Pada tahun 1883, kawasan perlombongan di Gonggang telah berkembang sehingga ke “Ulu Gonggang” (hulu Sungai Bunus). Pihak pentadbir British telah menetapkan nama “Setapak” sebagai nama rasmi mukim ini. Mungkin semenjak itu, nama “Gonggang” semakin terpinggir.[6]
Mulai tahun 1888, bahagian berbukit di sekitar hulu Sungai Air Panas (anak Sungai Bunus di sebelah utaranya, sekitar Seksyen 2 Wangsa Maju kini) mula dibeli oleh pihak British Messrs. Hill and Rathborne, dan dinamakan Hawthornden Estate. Ladang tersebut kemudiannya merangkumi hampir keseluruhan Bukit Dinding. Pada mulanya ladang ini ditanam dengan kopi dan lada hitam, kemudian beralih kepada penanaman getah secara besar-besaran, berikutan permintaan pasaran dunia. Ladang ini telah diambil alih oleh Loke Yew sekitar tahun 1903-1906. [7] Sekitar 1920, ladang “Gonggang Estate” pula dibuka di bahagian hulu Sungai Peran (anak Sungai Bunus di sebelah timurnya, sekitar Setiawangsa kini).
Pada akhir tahun 1983, sebagai sebahagian usaha memajukan Kuala Lumpur, kerajaan telah mengambil alih Hawthornden Estate dan mula dibangunkan sebagai kawasan perumahan secara berperingkat. Bandar baru ini dinamakan “Wangsa Maju”. [8] Sekitar waktu itu juga, pihak kerajaan melalui syarikat pemaju I&P turut membina kawasan perumahan dan perniagaan di Gonggang Estate.[9] Kampung-kampung kecil yang berada di sekitar Gonggang Estate ini telah dipindahkah ke perumahan kos rendah yang terletak di Keramat, dan nama Gonggang Estate telah ditukar kepada Setiawangsa setelah ia dibangunkan.[10]
Sejak daripada itu, nama Gonggang ini akhirnya hilang di dalam lipatan sejarah buat selama-lamanya.
Peta sekitar Bukit Dinding, berdasarkan peta Semenanjung Tanah Melayu tahun 1898. Kelihatan kawasan perlombongan Gonggang ada ditandakan (Edward Stanford @ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, Straits Branch, 1898: “A map of the Malay Peninsula / compiled by and published for the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Singapore ; prepared and drawn by John van Cuylenburg, Singapore”).[11]
Keratan peta topografi Kuala Lumpur yang menunjukkan lokasi Gonggang Estate yang berselisih dengan Hawthornden Estate.
Cadangan peta Setiawangsa yang lebih jelas:-
Peta sekitar Gonggang Estate, tahun 1967 (berdasarkan peta Malaysia : Director of National Mapping, 1967: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L8010, Sheet 94k, 1967, 1:25 000") dan kini (berdasarkan Google Maps). Garis biru: Sungai Peran, anak Sungai Bunus yang merentasi Gonggang Estate (sempadan hijau, iaitu Setiawangsa kini): “Sungai Bunus mempunyai kawasan tadahan seluas 17 kilometer persegi meliputi kawasan Wangsa Maju dan Setiawangsa. Dua anak sungai utamanya ialah Sungai Air Panas yang mengalir dari kawasan tadahan Wangsa Maju dan Sungai Peran meliputi kawasan tadahan Setiawangsa.” (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2020: |"Laporan Tahunan 2020", m.s.88). Bulatan cokelat: Puncak Bukit Dinding. Bulatan ungu: puncak bukit-bukit kecil, sebagai beberapa mercu tanda kawasan ini. Bulatan merah: Kawasan Perkuburan Loke Yew.
Umumnya kawasan yang dinamakan “Gonggang” ialah kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus, di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, termasuk sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Air Panas dan Setapak Jaya kini. Menurut catatan Raja H.M. Yacob berjudul “Tarikh Raja Asal” (1934), Gonggang (Gerongkang) telah dibuka sekitar 1855 oleh Hulubalang Ali, salah seorang ketua di bawah Sutan Puasa. Catatan lisan Abdullah Hukum mengenai pengalamannya di Setapak sekitar tahun 1850-an turut menyatakan Sutan Puasa dan para pemimpin Mandailing sebagai ketua-ketua di sekitar Setapak (Gonggang) ketika itu. Manakala “Kampung Gonggang” pula mungkin merujuk kawasan-kawasan petempatan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Kampung ini meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu Perkuburan Gonggang) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan bersempadan dengan KEMENTAH (dahulu Rifle Range) di sebelah timur laut. (Maklumat lanjut dan sumber-sumber: Gonggang / Setapak (1850-an)
“…tidak mustahil banyak dijumpai di sekitar kawasan pinggir Kuala Lumpur pada masa dahulu dan menyebabkan kawasan itu dinamakan sebagai Gonggang.” (Budak Wangsa Maju, 23 September 2018: |"Gonggang: Nama yang hilang di Setiawangsa").
Sumber kolonial:-
Sumber kontemporari:-
“Gonggang” yang dimaksudkan di dalam buku ini ialah kawasan paya (semulajadi atau buatan) pokok palma sagu yang diusahakan oleh suku Sama Bajau di kepulauan Togean, yang terletak di Sulawesi, Indonesia Timur sahaja. Oleh itu kemungkinan paya Gonggang yang dimaksudkan di sini adalah berbeza dengan pokok Gonggang di Malaysia (seperti dalam [1]). (Celia Lowe, 2006: |"Wild Profusion - BIODIVERSITY CONSERVATION IN AN INDONESIAN ARCHIPELAGO", m.s.8).
Beberapa petikan yang berkaitan dari buku ini:-
Beberapa petikan yang berkaitan dari sumber lain:-
“Selain itu, nama Gonggang juga boleh dikaitkan dengan satu suku kaum melayu di sekitar Kepulauan Riau di Indonesia. Terdapat kemungkinan suku kaum ini berhijrah ke Kuala Lumpur dan memberi nama kawasan tersebut sebagai Gonggang sebagai tanda kawasan suku kaum mereka itu.” (Budak Wangsa Maju, 23 September 2018: |"Gonggang: Nama yang hilang di Setiawangsa").
Suku Melayu Siak di Riau, Sumatera: “Bagan Benio, ulas Agung, merupakan nama sebuah dusun di Desa Tasik Serai, Kecamatan Pinggir, Kabupaten Bengkalis. Berada dalam zona penyangga Cagar Alam Biosfer Giam Siak Kecil. “Bagan Benio sendiri terdiri dari tiga kampung yaitu Bagan Benio, Pulai Bungkuk, dan Bagan Belado. Dikelilingi oleh Tasik seluas lebih dari 30 kilometer persegi, dihuni 87 kepala keluarga atau 260 jiwa. Terdiri dari suku asli (native) Melayu, yaitu suku Gonggang dan suku Pandan. Mata pencaharian penduduknya adalah berladang karet dan mencari ikan,” jelas Agung. Kondisi Dusun Bagan Benio sendiri, kata Agung, memang sangat memprihatinkan. Tidak hanya karena terisolir, tapi juga dinamika pembangunan Kabupaten Bengkalis dengan APBD Rp 3,5 triliun sama sekali tidak menyentuh masyarakat Bagan Benio. “Di dusun yang masih memegang teguh adat Melayu Siak ini tak ada fasilitas kesehatan, sehingga kalau ada warga yang sakit, atau mau melahirkan mereka masih mengandalkan dukun kampung. Rata-rata penduduknya hanya lulusan SD. Satu-satunya SD yang ada di sini hanya memiliki jumlah murid 47 siswa. Sekolahnya masuk sore, karena anak-anaknya pagi harus ikut deres karet atau “motong” karet. Mereka tidak mengenal PLN, tidak mengenal mobil, tidak mengenal jalan aspal atau semen. Mereka hanya mengenal jalan hutan dan jalan setapak,” beber Agung” (Nolpitos Hendri @ Tribun Pekan Baru, 27 Disember 2011: |"Warga Bagan Benio Masih Pegang Teguh Adat melayu").
Menurut Abdul-Razzaq Lubis (2018), Kampung Gonggang terletak berhampiran petempatan orang Gonggang (suku orang Siak). Tanah Perkuburan Ampang dahulu dinamakan “Tanah Perkuburan Kampung Gonggang”, yang dikatakan berhampiran dengan petempatan ini: “In Kuala Lumpur and its surroundings, the status of Muslim endowments and burial ground was precarious. The Sanitary Board of Kuala Lumpur was formed in 1900, and one of its first tasks was to relocate cemeteries away from the populated town centre, for reasons of public health. In 1891, the large Muslim burial ground near the confluence of Gombak and Klang rivers was cleared, fenced up, and supposedly exhumed. As it turned out, not all the graves were disinterred; some remained in the compound of the Masjid Jamek right up till the twenty-first century. A new cemetery was established just outside town at Ampang Road. ('The public Mohamadan Cemetery is on the other side of the Klang River near Ampang Road. A strong six feet bridge was erected to give necessary access to it.' A. Hale, vice chairman of the Kuala Lumpur land office, as reported in the Malay Mail, 13 April 1904, reproduced in Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 27.) It was originally called Tanah Perkuburan Kampung Gonggang, as it was located near the settlement of orang Gonggang (a subgroup of orang Siak). (This Kampung Gonggang is different from the Gonggang settlement near Setapak. Interview with Haji Shahrir Kamil, 30 November/1 December 2016).” (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: "Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur", m.s. 505).
“Dan dibuka mereka pula tempat-tempat seperti di Ampang, diketuhakan oleh Raja Baranang, akhirnya Raja Banding; di Bunus (Sungai Bunus mengairi permukiman Kampung Baru di dekat Kuala Lumpur) diketuhakan Jabaltuq (atau To' Bunus); di Gerongkang (merujuk kepada Gonggang di Setapak, asalnya daripada perkataan gronggang, iaitu membuat terowong dalam usaha perkelianan.), Hulubalang Ali; di Kajang, Raja Barayun; di Hulu Langat, Angku Tuha; dan ada yang lain-lain tiada teringat nama-namanya.” (Raja H.M. Yacob Raja Bilah, 1934: “Tarikh Raja Asal dan Keluarganya”, @ Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s. 129).
“Gonggang: Nama tempat ini diambil daripada kata gronggang, iaitu membuat terowong dalam usaha perkelianan (Gronggang (mining), to 'drive galleries'. Shellabear, An English-Malay Dictionary, 326.). Terwalak dekat Setapak di Hulu Kelang, daerah Gerongkang kemudian dikenali sebagai Gonggang Estate, yang kini merangkumi sekitar Jelatek, Setiawangsa dan Wangsa Maju.” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s. 224).
“Mine, v. t. (by digging) gali; (with a bar or spade) chbak;* (drive galleries) gronggang;* (ground sluicing) lampan* (Ch. lampan); (panning in a stream) landa,* riau,* chuchi dulang.*” (Rev. W. G. SHELLABEAR, D.D., 1916: |"AN ENGLISH-MALAY DICTIONARY", m.s. 326).
Umumnya kawasan yang dinamakan “Gonggang” ialah kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus, di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, termasuk sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Air Panas dan Setapak Jaya kini. Manakala “Kampung Gonggang” pula mungkin merujuk kawasan-kawasan petempatan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Kampung ini meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu Perkuburan Gonggang) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan bersempadan dengan KEMENTAH (dahulu Rifle Range) di sebelah timur laut.
Hawthornden Estate dibuka oleh F.A. Toynbee dan rakan kongsinya pada tahun 1888 (Rujuk: Hawthornden Estate: 1888-10: Pembukaan). Namun diambil alih oleh Loke Yew sekitar tahun 1903 (Rujuk: Hawthornden Estate: 1903-1910: Lombong dan Ladang Loke Yew).
Kemungkinan pemilik awal Gonggang Estate ialah keluarga Chua, bukan Loke Yew. (Rujuk: Gonggang Estate: 1950-an: Rekod Pengurusan dan Pemilikan). Pada tahun 1981, pemaju Setiawangsa, Island & Peninsular (I&P), mengambil alih dari Associated Malaysian Enterprise Sendirian Berhad (AME), melalui Visan Holding Sendirian Berhad. (Rujuk: Gonggang Estate: 1983-1995: Gonggang Estate Menjadi Setiawangsa).
Rujuk: Gonggang: 1897-1904: Perlombongan Pesat.
Laman Utama | Hubungi Kami | |||||||
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |