User Tools

Site Tools


media-bukitdinding

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Both sides previous revisionPrevious revision
media-bukitdinding [2024/02/13 11:11] – [[3] 1880-an: Permulaan Era Kolonial] sazlimedia-bukitdinding [2024/02/16 11:48] (kini) – [Pemeliharaan Bukit Dinding Dari Sudut Sejarah] sazli
Line 68: Line 68:
 Namun penulisan sejarah tidak pernah tetap dan muktamad, dan proses persejarahan masih terus berkembang sehingga kini. Ahli-ahli sejarah tempatan telah lama giat menjalankan persejarahan menurut perspektif tempatan, melalui pendekatan baru dan rentas disiplin (contohnya sejarah masyarakat peribumi, kampung, bandar, ladang, daerah dsbgnya, dari pelbagai sudut kajian seperti komuniti, sosial, ekonomi, ekologi, dsbgnya). Usaha-usaha ini melibatkan penafsiran semula sumber-sumber yang ada, atau penemuan sumber-sumber baru dalam pelbagai bentuk, di dalam dan luar negeri. Selain bahan-bahan sejarah di Arkib Negara, dan tinggalan binaan-binaan lama, warisan alam sekitar juga merupakan tinggalan sejarah zaman berzaman, yang berpotensi menjadi bahan kajian sejarah. Sebagaimana tinggalan sejarah yang lain, sekiranya ia dirosakkan atau dimusnahkan, maka hilanglah potensinya sebagai bahan kajian, buat selama-lamanya. Namun penulisan sejarah tidak pernah tetap dan muktamad, dan proses persejarahan masih terus berkembang sehingga kini. Ahli-ahli sejarah tempatan telah lama giat menjalankan persejarahan menurut perspektif tempatan, melalui pendekatan baru dan rentas disiplin (contohnya sejarah masyarakat peribumi, kampung, bandar, ladang, daerah dsbgnya, dari pelbagai sudut kajian seperti komuniti, sosial, ekonomi, ekologi, dsbgnya). Usaha-usaha ini melibatkan penafsiran semula sumber-sumber yang ada, atau penemuan sumber-sumber baru dalam pelbagai bentuk, di dalam dan luar negeri. Selain bahan-bahan sejarah di Arkib Negara, dan tinggalan binaan-binaan lama, warisan alam sekitar juga merupakan tinggalan sejarah zaman berzaman, yang berpotensi menjadi bahan kajian sejarah. Sebagaimana tinggalan sejarah yang lain, sekiranya ia dirosakkan atau dimusnahkan, maka hilanglah potensinya sebagai bahan kajian, buat selama-lamanya.
  
-Walaubagaimanapun, realiti zaman moden memaksa pembangunan terus dijalankan, di kawasan-kawasan yang tidak/belum  diwartakan sebagai simpanan, warisan, atau rizab. Maka langkah yang lebih realistik ialah mengenalpasti kawasan-kawasan yang tidak sesuai (atau kurang sesuai) dibangunkan dengan binaan-binaan, atas sebab-sebab keselamatan (kawasan sensitif), contohnya lereng-lereng bukit seperti Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju, Bukit Persekutuan, Bukit Pudu Ulu, dll, dan diusahakan pewartaannya sebagai hutan simpan, warisan, atau taman hutan. Selain untuk tujuan rekreasi bagi penduduk setempat, pemeliharaan ekosistem dan biodiversiti, serta daya tarikan pelancong alam semulajadi, ia juga dapat dikekalkan sebagai tinggalan sejarah, yang berpotensi menjadi bahan kajian. Sebagai contoh, terowong lama (dipercayai dibina tahun 1870-an) telah ditemui di sekitar Hutan Simpan Bukit Nanas pada tahun 2014, lebih 100 tahun setelah ia diwartakan pada tahun 1900. Mungkinkah ada tinggalan sejarah di Bukit Dinding, misalnya kesan-kesan Perang Klang, malah petempatan atau kegiatan peribumi asal sebelumnya? Warisan alam sekitar adalah umpama “saksi bisu”, menanti kajian para sejarawan rentas disiplin, dengan sumber, pendekatan dan kaedah/teknologi terkini, di masa akan datang.+Walaubagaimanapun, realiti zaman moden memaksa pembangunan terus dijalankan, di kawasan-kawasan yang tidak/belum  diwartakan sebagai simpanan, warisan, atau rizab. Maka langkah yang lebih realistik ialah mengenalpasti kawasan-kawasan yang tidak sesuai (atau kurang sesuai) dibangunkan dengan binaan-binaan, atas sebab-sebab keselamatan (kawasan sensitif), contohnya lereng-lereng bukit seperti Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju, Bukit Persekutuan, Bukit Pudu Ulu, dll, dan diusahakan pewartaannya sebagai hutan simpan, warisan, atau taman hutan. Selain untuk tujuan rekreasi bagi penduduk setempat, pemeliharaan ekosistem dan biodiversiti, serta daya tarikan pelancong alam semulajadi, ia juga dapat dikekalkan sebagai tinggalan sejarah, yang berpotensi menjadi bahan kajian. Sebagai contoh, terowong lama (dipercayai dibina tahun 1870-an) telah ditemui di sekitar Hutan Simpan Bukit Nanas pada tahun 2014, lebih 100 tahun setelah ia diwartakan pada tahun 1906. Mungkinkah ada tinggalan sejarah di Bukit Dinding, misalnya kesan-kesan Perang Klang, malah petempatan atau kegiatan peribumi asal sebelumnya? Warisan alam sekitar adalah umpama “saksi bisu”, menanti kajian para sejarawan rentas disiplin, dengan sumber, pendekatan dan kaedah/teknologi terkini, di masa akan datang.
  
 ====== Nota Kaki ====== ====== Nota Kaki ======
media-bukitdinding.txt · Last modified: 2024/02/16 11:48 by sazli