====== GONGGANG: NAMA YANG HILANG DI SETIAWANGSA ====== "Gonggang" merupakan salah satu permukiman terawal di Kuala Lumpur. Ia adalah kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus, di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, termasuk sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Air Panas dan Setapak Jaya kini. Menurut catatan Raja H.M. Yacob berjudul “Tarikh Raja Asal” (1934), Gonggang (Gerongkang) telah dibuka sekitar 1855 oleh Hulubalang Ali, salah seorang ketua di bawah Sutan Puasa. Catatan lisan Abdullah Hukum mengenai pengalamannya di Setapak sekitar tahun 1850-an turut menyatakan Sutan Puasa dan para pemimpin Mandailing sebagai ketua-ketua di sekitar Setapak (Gonggang) ketika itu.[[gonggang#pembukaan_gonggang|[1]]]). Manakala "Kampung Gonggang" pula mungkin merujuk kawasan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Kampung ini meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu Perkuburan Gonggang) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan bersempadan dengan KEMENTAH (dahulu Rifle Range) di sebelah timur laut.[[gonggang#gonggang|[6]]]. Terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul nama Gonggang: a) Pokok Gonggang. Pokok ini sering terdapat di hutan dipterokarp, sepanjang lembangan sungai, atau tanah berpasir. Menurut H.N. Ridley (1901), ianya seakan pokok seraya dan banyak tumbuh di selatan semenanjung Tanah Melayu.[[gonggang#pokok_gonggang|[2]]] b) Orang Gonggang. Suku kaum Melayu Siak di Riau, Sumatera.[[gonggang#suku_gonggang_riau|[4]]] Mungkin sempena nama "Kampung Gonggang", dikatakan petempatan mereka di sekitar Tanah Perkuburan Gonggang berhampiran Kuala Lumpur (kini Tanah Perkuburan Ampang). c) Lombong Gonggang. "Gonggang" diambil dari perkataan "gronggang" yang bermaksud "membuat terowong dalam usaha perkelianan (perlombongan)". Menurut pencatat British, William G. Shellabear, "gronggang" diterjemahkan sebagai "drive galleries". Mungkin sempena lombong gerongkang/gronggang, yang dibuka oleh Hulubalang Ali (ketua di bawah Sutan Puasa) di sekitar Setapak kini.[[gonggang#terowong_gronggang|[5]]] Terdapat juga kisah di mana cara gonggang digunakan untuk membuat terowong dari Bukit Nanas semasa Perang Kelang / Perang Saudara Selangor dari 1867 dahulu.(sumber?) Pada tahun 1883, kawasan perlombongan di Gonggang telah berkembang sehingga ke "Ulu Gonggang" (hulu Sungai Bunus). Pihak pentadbir British telah menetapkan nama "Setapak" sebagai nama rasmi mukim ini. Mungkin semenjak itu, nama "Gonggang" semakin terpinggir.[[gonggang#perlombongan_di_gonggang|[6]]] Mulai tahun 1888, bahagian berbukit di sekitar hulu Sungai Air Panas (anak Sungai Bunus di sebelah utaranya, sekitar Seksyen 2 Wangsa Maju kini) mula dibeli oleh pihak British Messrs. Hill and Rathborne, dan dinamakan Hawthornden Estate. Ladang tersebut kemudiannya merangkumi hampir keseluruhan Bukit Dinding. Pada mulanya ladang ini ditanam dengan kopi dan lada hitam, kemudian beralih kepada penanaman getah secara besar-besaran, berikutan permintaan pasaran dunia. Ladang ini telah diambil alih oleh Loke Yew sekitar tahun 1903-1906. [[gonggang#ladang_hawthornden|[7]]] Sekitar 1920, ladang "Gonggang Estate" pula dibuka di bahagian hulu Sungai Peran (anak Sungai Bunus di sebelah timurnya, sekitar Setiawangsa kini). Pada akhir tahun 1983, sebagai sebahagian usaha memajukan Kuala Lumpur, kerajaan telah mengambil alih Hawthornden Estate dan mula dibangunkan sebagai kawasan perumahan secara berperingkat. Bandar baru ini dinamakan "Wangsa Maju". [[gonggang#bandar_baru_ladang_hawthornden|[8]]] Sekitar waktu itu juga, pihak kerajaan melalui syarikat pemaju I&P turut membina kawasan perumahan dan perniagaan di Gonggang Estate.[9] Kampung-kampung kecil yang berada di sekitar Gonggang Estate ini telah dipindahkah ke perumahan kos rendah yang terletak di Keramat, dan nama Gonggang Estate telah ditukar kepada Setiawangsa setelah ia dibangunkan.[[gonggang#setiawangsa|[10]]] Sejak daripada itu, nama Gonggang ini akhirnya hilang di dalam lipatan sejarah buat selama-lamanya. {{:peta:peta-bukit-dinding-1898.png?600|}} \\ Peta sekitar Bukit Dinding, berdasarkan peta Semenanjung Tanah Melayu tahun 1898. Kelihatan kawasan perlombongan Gonggang ada ditandakan (Edward Stanford @ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, Straits Branch, 1898: "A map of the Malay Peninsula / compiled by and published for the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Singapore ; prepared and drawn by John van Cuylenburg, Singapore").[[gonggang#peta_gonggang_1898|[11]]] {{:peta:gonggang-estate.jpg?600|}} \\ Keratan peta topografi Kuala Lumpur yang menunjukkan lokasi Gonggang Estate yang berselisih dengan Hawthornden Estate. Cadangan peta Setiawangsa yang lebih jelas:- {{:peta:peta-gonggang-estate-1967.png?600|Peta sekitar Gonggang Estate, 1967}}{{:peta:peta-gonggang-estate-kini.png?600|Peta sekitar Gonggang Estate (Setiawangsa), kini}} \\ Peta sekitar [[https://kl.pulasan.my/gonggang_estate|Gonggang Estate]], tahun 1967 (berdasarkan peta Malaysia : Director of National Mapping, 1967: {{ :laman:open_research_malaysia_selangor_kuala_lumpur_series_l8010_sheet_94k_1967_1_25_000.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/155043|"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L8010, Sheet 94k, 1967, 1:25 000"]]) dan kini (berdasarkan [[https://maps.app.goo.gl/CVRiryV5cWxnZoZp8|Google Maps]]). Garis biru: Sungai Peran, anak Sungai Bunus yang merentasi Gonggang Estate (sempadan hijau, iaitu Setiawangsa kini): //"Sungai Bunus mempunyai kawasan tadahan seluas 17 kilometer persegi meliputi kawasan Wangsa Maju dan Setiawangsa. Dua anak sungai utamanya ialah Sungai Air Panas yang mengalir dari kawasan tadahan Wangsa Maju dan Sungai Peran meliputi kawasan tadahan Setiawangsa."// (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2020: {{ :makalah:laporan_tahunan_jps_2020.pdf ||}}[[https://www.water.gov.my/jps/modules_resources/bookshelf/Laporan_Tahunan_JPS_2020/Laporan_Tahunan_JPS_2020.pdf|"Laporan Tahunan 2020"]], m.s.88). Bulatan cokelat: Puncak [[https://hutan.pulasan.my/bukit_dinding|Bukit Dinding]]. Bulatan ungu: puncak bukit-bukit kecil, sebagai beberapa mercu tanda kawasan ini. Bulatan merah: [[https://kl.pulasan.my/hawthornden_estate#perkuburan_keluarga_loke_yew_di_hawthornden_estate|Kawasan Perkuburan Loke Yew]]. ===== [1] Pembukaan Gonggang ===== Umumnya kawasan yang dinamakan “Gonggang” ialah kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus, di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, termasuk sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Air Panas dan Setapak Jaya kini. Menurut catatan Raja H.M. Yacob berjudul “Tarikh Raja Asal” (1934), Gonggang (Gerongkang) telah dibuka sekitar 1855 oleh Hulubalang Ali, salah seorang ketua di bawah Sutan Puasa. Catatan lisan Abdullah Hukum mengenai pengalamannya di Setapak sekitar tahun 1850-an turut menyatakan Sutan Puasa dan para pemimpin Mandailing sebagai ketua-ketua di sekitar Setapak (Gonggang) ketika itu. Manakala “Kampung Gonggang” pula mungkin merujuk kawasan-kawasan petempatan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Kampung ini meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu Perkuburan Gonggang) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan bersempadan dengan KEMENTAH (dahulu Rifle Range) di sebelah timur laut. (Maklumat lanjut dan sumber-sumber: **[[https://kl.pulasan.my/gonggang|Gonggang / Setapak (1850-an)]]** ===== [2] Pokok Gonggang ===== //"...tidak mustahil banyak dijumpai di sekitar kawasan pinggir Kuala Lumpur pada masa dahulu dan menyebabkan kawasan itu dinamakan sebagai Gonggang."// (Budak Wangsa Maju, 23 September 2018: {{ :laman:budak_wangsa_maju_gonggang_nama_yang_hilang_di_setiawangsa.pdf ||}}[[http://wangsamajuboyz.blogspot.com/2018/09/gonggang-nama-yang-hilang-di-setiawangsa.html|"Gonggang: Nama yang hilang di Setiawangsa"]]). Sumber kolonial:- * //"Hypericineae. The only trees of this order here are a few species of Cratoxylon, of these the most important is Cratoxylon arborescens, Bl. "Geronggang" or Gonggang. A tree about 80 feet in height, straight, without buttresses, a foot or more in diameter ; bark grey with longitudinal furrows, leaves small, coriaceous oblanceolate. Flowers in terminal cymes deep red. Fruit a capsule with winged seeds. The timber is red, finely grained, with large spores, rings large and fairly distinct, rays usually conspicuously dotted. It somewhat resembles Serayah, and is used for planking, etc., and for this is considered a high class wood. Maingay gives its weight as 32 lbs. i5jozs.; (S.) 22 lbs. 12 ozs., and a specimen from-Johore 12 lbs. 4 ozs? Common in the south of the Peninsula."// (H. N. Ridley (Director Botanic Gardens and Forests,. S. S.), October 1901: {{ :lampiran:agrbul_v01_n01.pdf ||}}[[https://digitalgems.nus.edu.sg/persistent/9792311f-ec32-4dde-b8d2-756ba0ccfc8e|"AGRICULTURAL BULLETIN of the STRAITS and FEDERATED MALAY STATES. OCTOBER, 1901. Vol. I."]], m.s.12). Sumber kontemporari:- * //"COMMON NAMES: Geruggang; Geronggang gajah; Geronggang; Selunus (Indonesia); Gerunggang (France); Gerunggang (Spain); Gerunggang (Netherlands); Gerunggang (United States of America); Gerunggang (United Kingdom); Serungan (Sabah); Mapat (Indonesia); Mulu (Indonesia); Gonggang (Malaysia); Gerunggang (Sarawak); Gerunggang (Germany) \\ ....\\ BOTANICAL DESCRIPTION \\ It is a medium-sized to large, evergreen tree up to 50 m tall. The bole is up to 65 cm in diameter. \\ \\ NATURAL HABITAT \\ This species occurs scattered, although sometimes it is dominant and gregarious in coastal swamp forests, up to 900 m of altitude. \\ \\ NATURAL DISTRIBUTION \\ It is locally common in Malaysia and Indonesia, mainly in coastal dipterocarp swamp forests. \\ ....\\ END USES SUMMARY \\ HOUSING GENERAL, boards, flooring, panelling, FURNITURE AND CABINETS, PLYWOOD AND VENEER, TURNING, cutlery, PACKING, NAVAL CONSTRUCTION, boats, OTHER AND MUSICAL INSTRUMENTS, handicrafts"// \\ \\ (Sumber: International Tropical Timber Organization (ITTO): {{ :laman:gerunggang_cratoxylum_arborescens_itto.pdf ||}}[[http://www.tropicaltimber.info/specie/gerunggang-cratoxylum-arborescens/|GERUNGGANG (Cratoxylum arborescens)]]). * //"Typical use: Veneer for interior of plywood, Interior joinery, Fiber or paticle boards, Boxes and crates, Current furniture or furniture components, Veneer for back or face of plywood, Interior panelling, Blockboard, Moulding ... References: Technical descriptions from the software Tropix 7 [1], with permission of the Research Unit Biomass, Wood, Energy, Bioproducts [2], CIRAD [3]."// (Lesser Known Timber Species (LKTS): {{ :laman:geronggang.pdf ||}}[[https://www.lesserknowntimberspecies.com/species/geronggang|"Geronggang"]]). * {{:gambar:pokok-gonggang.png?400|}} \\ //"(Image credit Ahmad Fitri, Malaysia)"// (Ahmad Fuad Bin Morad, June 8, 2015: {{ :laman:cratoxylum_arborescens_vahl_blume_malaysia_image_credit_flickr.pdf ||}}[[https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/18578044216|"Cratoxylum arborescens (Vahl) Blume"]]). * {{:gambar:cratoxylum_arborescens.jpg?400|}} \\ //"Description: Tree, up to 60 m tall and 120 cm diameter, evergreen, glabrous; bark scaly, reddish; young shoots with interpetiolar scar continuous. ... Ecology: In undisturbed to slightly disturbed mixed dipterocarp, keranga, (peat)-swamp and sub-montane forests up to 1800 m altitude. Mostly on alluvial sites and along rivers, but also found on ridges on sandy soils. Uses: The wood is locally used to make shingles and for indoor construction. Distribution: Burma, Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, Borneo. Local names: Borneo: Dat, Di'it, Geroking, Geronggang, Gerungggang, Idat, Kata mudung, Labakan, Madak, Manat, Mertilan, Serungan, Serungan labakan, Tat. Sumatra: geronggang, gronggang; lede (Atjeh), kalat (Riouw), ampet, idat (Banka), kaju dori (Billiton), kaju si pare-pare (Asahan)."// (Slik JWF (2009 onwards) Plants of Southeast Asia: {{ :laman:cratoxylum_arborescens.pdf ||}}[[https://www.asianplant.net/Hypericaceae/Cratoxylum_arborescens.htm|"Cratoxylum arborescens (Vahl) Blume, Mus. Bot. Lugd. Bat. 2 (1852)"]]). * {{:gambar:img_20180207_154830.jpg?400|}}{{:gambar:img_20180207_154846.jpg?400|}} \\ //"Getah dari kulit pokok ini bila diproses menjadi minyak amat berkesan untuk kegunaan luar badan manusia. Seperti gatal kulit, merawat celah kaki yang berair, terkena api, boleh juga digunakan untuk berurut dan baik untuk merawat luka yang lambat kering akibat kemalangan."// (miziejusoh @ Pokcik Blogger, Februari 07, 2018: {{ :laman:pokcik_blogger_melapah_kulit_pokok_gonggang.pdf ||}}[[https://miziejusoh.blogspot.com/2018/02/melapah-kulit-pokok-gonggang.html|"Melapah kulit pokok gonggang"]]). ===== [3] Paya Gonggang @ Indonesia Timur ===== {{:peta:peta-kepulauan-togean.png?600|Lokasi kepulauan Togean, Sulawesi}} \\ "Gonggang" yang dimaksudkan di dalam buku ini ialah kawasan paya (semulajadi atau buatan) pokok palma sagu yang diusahakan oleh suku Sama Bajau di kepulauan Togean, yang terletak di Sulawesi, Indonesia Timur sahaja. Oleh itu kemungkinan paya Gonggang yang dimaksudkan di sini adalah berbeza dengan pokok Gonggang di Malaysia (seperti dalam [[gonggang#pokok_gonggang|[1]]]). (Celia Lowe, 2006: {{ :buku:wild_profusion_biodiversity_conservation_in_an_indonesian_archipelago.pdf ||}}[[https://books.google.com.my/books?id=yW4iAQAAQBAJ&pg=PA8&lpg=PA8|"Wild Profusion - BIODIVERSITY CONSERVATION IN AN INDONESIAN ARCHIPELAGO"]], m.s.8). Beberapa petikan yang berkaitan dari buku ini:- * //"The Togean Islands2 a small archipelago in the middle of the eastward facing Gulf of Tomini, harbor a volcano, which erupted as recently as 1983, and six raised limestone islands."// (Celia Lowe, 2006: {{ :buku:wild_profusion_biodiversity_conservation_in_an_indonesian_archipelago.pdf ||}}[[https://books.google.com.my/books?id=yW4iAQAAQBAJ&pg=PA3&lpg=PA3|"Wild Profusion - BIODIVERSITY CONSERVATION IN AN INDONESIAN ARCHIPELAGO"]], m.s.3). * //"The most prolific use of Togean landscapes is for production of a staple food starch called sago. Also the name of the tree itself, sago involves a particular way of domesticating the landscape. Stands of sago palm, called gonggang (S), grow in naturally occurring muddy areas, or are made by damming rivulets to inundate a patch of low lying land. While from a boat on the coast it was difficult for me to pick out gonggang, nearly every available low-lying place around Susunang had been converted into these swamps. There were forty-two named and individually owned gonggang along the coastlines within several miles of Susunang and Pulo Anau, and many Sama men and women who worked with sago could repeat their names and locations in an order that traced the bends and folds of the shores of Togean and Talatakoh Islands."// (Celia Lowe, 2006: {{ :buku:wild_profusion_biodiversity_conservation_in_an_indonesian_archipelago.pdf ||}}[[https://books.google.com.my/books?id=yW4iAQAAQBAJ&pg=PA93&lpg=PA93|"Wild Profusion - BIODIVERSITY CONSERVATION IN AN INDONESIAN ARCHIPELAGO"]], m.s.93). Beberapa petikan yang berkaitan dari sumber lain:- * //"In the section 'On land' I describe Sama associations with the Togean landscape. In imagining the Sama as 'nomadic', conservationists, bureaucrats, and others expect landscapes to be of little relevance to Sama people's lives. Sama people do have an attachment to land, however. As an example, I will consider the sago palm swamp, or gonggang, where we can detect an extensive Sama landscape history."// (Celia Lowe @ Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde, Vol. 159, No. 1 (2003), pp. 109-133: {{ :lampiran:27868004.pdf ||}}[[https://www.jstor.org/stable/27868004|"The magic of place: Sama at sea and on land in Sulawesi, Indonesia"]], m.s.116). * //"Sago production involves a particular way of domesticating the landscape and structuring the body. People make gonggang out of naturally occurring marshy areas or artificial swamps by damming rivulets to inundate patches of low-lying land. While it is almost impossible to see these gonggang from a boat from the water, nearly every available low lying place has been converted into sago-growing land. There are forty-two named and individually owned gonggang along the coast east of the village of Pulo Anau. Many Sama people who are active in sago production are able to repeat these names and mention the location of each gonggang in the order in which they are found along the curving shoreline."// (Celia Lowe @ Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde, Vol. 159, No. 1 (2003), pp. 109-133: {{ :lampiran:27868004.pdf ||}}[[https://www.jstor.org/stable/27868004|"The magic of place: Sama at sea and on land in Sulawesi, Indonesia"]], m.s.126-127). * //"The brackish environment of the estuaries, the mangrove swamps and the interior wetlands are exploited fully by the sea people (Orang Laut and Sama Bajau) and the forest people (Orang Asli), two groups who themselves occupy an in-between space in society. Among the Sama Bajau of eastern Indonesia, the place of great value is the sago palm swamp (gonggang), for it is trunk of the palm which is processed to obtain the sago that forms their staple diet (Lowe 2003, 127)."// (Leonard Y. Andaya @ KEMANUSIAAN - The Asian Journal of Humanities, Volume 25, Supp. 1, 2018: {{ :lampiran:kajh25s12018_02.pdf ||}}[[http://web.usm.my/kajh/vol25_s1_2018.html|"Water in the Study of Southeast Asia"]], m.s.32). ===== [4] Suku Gonggang @ Riau ===== //"Selain itu, nama Gonggang juga boleh dikaitkan dengan satu suku kaum melayu di sekitar Kepulauan Riau di Indonesia. Terdapat kemungkinan suku kaum ini berhijrah ke Kuala Lumpur dan memberi nama kawasan tersebut sebagai Gonggang sebagai tanda kawasan suku kaum mereka itu."// (Budak Wangsa Maju, 23 September 2018: {{ :laman:budak_wangsa_maju_gonggang_nama_yang_hilang_di_setiawangsa.pdf ||}}[[http://wangsamajuboyz.blogspot.com/2018/09/gonggang-nama-yang-hilang-di-setiawangsa.html|"Gonggang: Nama yang hilang di Setiawangsa"]]). Suku Melayu Siak di Riau, Sumatera: //"Bagan Benio, ulas Agung, merupakan nama sebuah dusun di Desa Tasik Serai, Kecamatan Pinggir, Kabupaten Bengkalis. Berada dalam zona penyangga Cagar Alam Biosfer Giam Siak Kecil. "Bagan Benio sendiri terdiri dari tiga kampung yaitu Bagan Benio, Pulai Bungkuk, dan Bagan Belado. Dikelilingi oleh Tasik seluas lebih dari 30 kilometer persegi, dihuni 87 kepala keluarga atau 260 jiwa. Terdiri dari suku asli (native) Melayu, yaitu suku Gonggang dan suku Pandan. Mata pencaharian penduduknya adalah berladang karet dan mencari ikan," jelas Agung. Kondisi Dusun Bagan Benio sendiri, kata Agung, memang sangat memprihatinkan. Tidak hanya karena terisolir, tapi juga dinamika pembangunan Kabupaten Bengkalis dengan APBD Rp 3,5 triliun sama sekali tidak menyentuh masyarakat Bagan Benio. "Di dusun yang masih memegang teguh adat Melayu Siak ini tak ada fasilitas kesehatan, sehingga kalau ada warga yang sakit, atau mau melahirkan mereka masih mengandalkan dukun kampung. Rata-rata penduduknya hanya lulusan SD. Satu-satunya SD yang ada di sini hanya memiliki jumlah murid 47 siswa. Sekolahnya masuk sore, karena anak-anaknya pagi harus ikut deres karet atau "motong" karet. Mereka tidak mengenal PLN, tidak mengenal mobil, tidak mengenal jalan aspal atau semen. Mereka hanya mengenal jalan hutan dan jalan setapak," beber Agung"// (Nolpitos Hendri @ Tribun Pekan Baru, 27 Disember 2011: {{ :laman:warga_bagan_benio_masih_pegang_teguh_adat_melayu_-_tribunpekanbaru.com.pdf ||}}[[https://pekanbaru.tribunnews.com/2011/12/27/warga-bagan-benio-masih-pegang-teguh-adat-melayu|"Warga Bagan Benio Masih Pegang Teguh Adat melayu"]]). Menurut Abdul-Razzaq Lubis (2018), Kampung Gonggang terletak berhampiran petempatan orang Gonggang (suku orang Siak). Tanah Perkuburan Ampang dahulu dinamakan "Tanah Perkuburan Kampung Gonggang", yang dikatakan berhampiran dengan petempatan ini: //"In Kuala Lumpur and its surroundings, the status of Muslim endowments and burial ground was precarious. The Sanitary Board of Kuala Lumpur was formed in 1900, and one of its first tasks was to relocate cemeteries away from the populated town centre, for reasons of public health. In 1891, the large Muslim burial ground near the confluence of Gombak and Klang rivers was cleared, fenced up, and supposedly exhumed. As it turned out, not all the graves were disinterred; some remained in the compound of the Masjid Jamek right up till the twenty-first century. A new cemetery was established just outside town at Ampang Road. ('The public Mohamadan Cemetery is on the other side of the Klang River near Ampang Road. A strong six feet bridge was erected to give necessary access to it.' A. Hale, vice chairman of the Kuala Lumpur land office, as reported in the Malay Mail, 13 April 1904, reproduced in Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 27.) It was originally called Tanah Perkuburan Kampung Gonggang, as it was located near the settlement of orang Gonggang (a subgroup of orang Siak). (This Kampung Gonggang is different from the Gonggang settlement near Setapak. Interview with Haji Shahrir Kamil, 30 November/1 December 2016)."// (Abdur-Razzaq Lubis, 2018: [[https://arecabooks.com/product/sutan-puasa-founder-of-kuala-lumpur/|"Sutan Puasa, Founder of Kuala Lumpur"]], m.s. 505). ===== [5] Terowong Gronggang ===== //"Dan dibuka mereka pula tempat-tempat seperti di Ampang, diketuhakan oleh Raja Baranang, akhirnya Raja Banding; di Bunus (Sungai Bunus mengairi permukiman Kampung Baru di dekat Kuala Lumpur) diketuhakan Jabaltuq (atau To' Bunus); di Gerongkang (merujuk kepada Gonggang di Setapak, asalnya daripada perkataan gronggang, iaitu membuat terowong dalam usaha perkelianan.), Hulubalang Ali; di Kajang, Raja Barayun; di Hulu Langat, Angku Tuha; dan ada yang lain-lain tiada teringat nama-namanya."// (Raja H.M. Yacob Raja Bilah, 1934: "Tarikh Raja Asal dan Keluarganya", @ Abdur-Razzaq Lubis, 2021: [[https://arecabooks.com/product/tarikh-raja-asal/|"Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung"]], m.s. 129). //"Gonggang: Nama tempat ini diambil daripada kata gronggang, iaitu membuat terowong dalam usaha perkelianan (Gronggang (mining), to 'drive galleries'. Shellabear, An English-Malay Dictionary, 326.). Terwalak dekat Setapak di Hulu Kelang, daerah Gerongkang kemudian dikenali sebagai Gonggang Estate, yang kini merangkumi sekitar Jelatek, Setiawangsa dan Wangsa Maju."// (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: [[https://arecabooks.com/product/tarikh-raja-asal/|"Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung"]], m.s. 224). {{:gambar:gronggang-shellabear.png?400|Mine}} \\ //"Mine, v. t. (by digging) gali; (with a bar or spade) chbak;* (drive galleries) gronggang;* (ground sluicing) lampan* (Ch. lampan); (panning in a stream) landa,* riau,* chuchi dulang.*"// (Rev. W. G. SHELLABEAR, D.D., 1916: {{ :lampiran:englishmalaydict00shelrich.pdf ||}}[[https://quod.lib.umich.edu/g/genpub/AAB3248.0001.001/346|"AN ENGLISH-MALAY DICTIONARY"]], m.s. 326). ===== [6] Gonggang ===== Umumnya kawasan yang dinamakan "[[https://kl.pulasan.my/gonggang|Gonggang]]" ialah kawasan perlombongan di lembangan Sungai Bunus, di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, termasuk sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Air Panas dan Setapak Jaya kini. Manakala "[[https://kl.pulasan.my/kampung_gonggang|Kampung Gonggang]]" pula mungkin merujuk kawasan-kawasan petempatan kediaman dan perkebunan yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Kampung ini meliputi sehingga ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang (dahulu [[https://kl.pulasan.my/kampung_gonggang#pengebumian_tuan_haji_abdul_hamid_di_perkuburan_gonggang|Perkuburan Gonggang]]) di sebelah selatan, Kampung Datuk Keramat di sebelah timur, dan bersempadan dengan KEMENTAH (dahulu [[https://kl.pulasan.my/gonggang#pewartaan_rifle_range|Rifle Range]]) di sebelah timur laut. ===== [7] Ladang Hawthornden ===== Hawthornden Estate dibuka oleh F.A. Toynbee dan rakan kongsinya pada tahun 1888 (Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/hawthornden_estate#pembukaan|Hawthornden Estate: 1888-10: Pembukaan]]**). Namun diambil alih oleh Loke Yew sekitar tahun 1903 (Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/hawthornden_estate#lombong_dan_ladang_loke_yew|Hawthornden Estate: 1903-1910: Lombong dan Ladang Loke Yew]]**). ===== [8] Bandar Baru Ladang Hawthornden ===== Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/hawthornden_estate#bandar_baru_ladang_hawthornden|Hawthornden Estate: 1983-12-09: Bandar Baru Ladang Hawthornden]]** ===== [9] Pemilikan Gonggang Estate ===== Kemungkinan pemilik awal Gonggang Estate ialah keluarga Chua, bukan Loke Yew. (Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/gonggang_estate#anrekod_pengurusan_dan_pemilikan|Gonggang Estate: 1950-an: Rekod Pengurusan dan Pemilikan]]**). Pada tahun 1981, pemaju Setiawangsa, Island & Peninsular (I&P), mengambil alih dari Associated Malaysian Enterprise Sendirian Berhad (AME), melalui Visan Holding Sendirian Berhad. (Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/gonggang_estate#gonggang_estate_menjadi_setiawangsa|Gonggang Estate: 1983-1995: Gonggang Estate Menjadi Setiawangsa]]**). ===== [10] Setiawangsa ===== Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/gonggang_estate#gonggang_estate_menjadi_setiawangsa|Gonggang Estate: 1983-1995: Ladang Gonggang Menjadi Setiawangsa]]** ===== [11] Peta Gonggang 1898 ===== Rujuk: **[[https://kl.pulasan.my/gonggang#perlombongan_pesat|Gonggang: 1897-1904: Perlombongan Pesat]]**.